Search This Blog

About Me

My photo
hYe..My name is Muhammad Naim.My friends just call me,Naim.I created this blog just want to share what i know.And don't have intention to copy from anywhere..

Sunday, April 18, 2010

Padahnya apabila menghidupkan pendingin hawa sebaik sahaja menaiki kereta

Dilarang menghidupkan pendingin hawa sebaik sahaja menaiki kereta.Mengapa?.Bukalah tingkap dahulu sebaik memasuki kereta dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa.Mengapa begitu?.Berpandukan kajian yang dijalankan,'dashboard',sofa,pewangi udara menghasilkan Benzene,sejenis toksin yang menyebabkan kanser,carcinogen.Ia dapat dikenal pasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta.Di samping menyebabkan kanser,ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang,menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih.Tindakan ini sekiranya dibiar berlarutan menyebabkan Leukemia,meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah  50mg bagi setiap kaki per segi.Apabila kereta diparking di kawasan berbumbung dengan tingkap tertutup,400-800mg Benzene akan terhasil.Sekiranya dibiarkan di kawasan terdedah dengang tingkap tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit(15.55556 darjah celcius),tahap Benzene boleh meningkat sehingga 2000-4000mg,iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan.

No comments:

Post a Comment